Kalau tak suka seefood boleh juga di gantikan dengan ayam atau daging. Terpulang dengan selera anda
Mee goreng basah
600g mee kuning
2 ekor sotong
6 ekor udang basah
3 pokok sawi
1 sudu besar pes lada kering
2 sb minyak masak
1/2 sudu besar sos tiram
4 sudu besar sos tomato
1/2 sudu besar kicap pekat
3 cawan air panas
3 ulas bawang putih
garam, gula & ajinomoto
lada jeruk
cuka
gula & garam
lada besar hijau
Cara memasak
- Tumis bawang putih hingga naik bau.
- Kemudian masukkan pew lada
- Masukkan sotong dan undang. Gaulkan sehingga sebati
- Masukan sos tomato, sos tiram, kicap pekat, gula, garam dan ajinomoto. Kacau hingga rata
- Masukan air dan biarkan hingga mendidih
- Masukkan mee kuning kemudian gaul hingga rata
- Masukkan daun sawi dan taugeh
- Kalau nak pekatkan kuah boleh tambah tepung kanji
- Untuk hiasan taburkan daun sop, potongan lada dan bawang goreng
No comments:
Post a Comment