Showing posts with label Bubur. Show all posts
Showing posts with label Bubur. Show all posts

Monday, 25 April 2011

Bubur lambok





Siapa pernah makan ubur lambok...Kalau belum apa kata anda cuba resepi yang saya kongsikan ini...

Bahan-bahan
Beras
Santan

Daging ayam 100g
Daging lembu 100g
Ikan bilis goreng 100g
1 ulas halia diracik halus
Bawang goreng
5 biji lada kering (digoreng)
100g udang kering
50g udang harimau (jika tiada boleh juga guna udang biasa)
Garam dan serbuk perasa secukupnya

Cara memasak
  • Masak beras sehingga kembang
  • Masukan semua ayam, daging, udang dan udang kering
  • Masukkan santan, ikan bilis dan lada kering serta bawang goreng
    Akhir sekali masukkan garan dan serbuk perasa secukupnya

Thursday, 21 April 2011

Resepi bubur kacang hijau





Bubur kacang hijau memang sedap...so jangan tunggu lagi cuba sekarang dengan resepi yang saya kongsikan ini. Resepi ini kiriman cik Ros dari bongawan.


Bahan-Bahan:
500 gm kacang hijau
250 gm gula merah atau putih
1 liter santan kelapa


2 helai daun pandan
Sedikit garam.


Cara memasak :
  • Rebus kacang hijau sampai lembut. 
  • Masukkan santan bersama daun pandan,
  • masukkan gula merah atau putih dan sedikit garam. 
  • Masak hingga mendidih dan hidangkan.   

Tuesday, 19 April 2011

Bubur Asyura






Bubur Asyura ialah bubur yang dibuat dengan pelbagai campuran ramuan pada 10 Muharram iaitu pada Hari Asyura. Ia juga dikenali sebagai sugha.
Bubur Asyura mesti mempunyai 10 jenis ramuan, jikalau lebih atau kurang, maka bubur tersebut bukan Bubur Asyura. Setiap negeri, terutama negeri-negeri di semenanjung Malaysia, mempunyai Bubur Asyura yang berlainan rasa dan ramuan. Hal ini, menyebabkan pelbagai cara untuk membuat Bubur Asyura.
Ini salah satu resepi bubur asyura yang saya dapat.

Bahan-Bahan:
1kg tepung beras
1kg gula pasir
½kg gula merah (masak dan ditapis)
½kg kacang kuda (direbus)
1kg kacang hijau (direbus)
½kg kacangtanah(digoreng tanpa minyak)
2kg ubi keledek (dipotong kecil dan direbus separuh masak)
2kg pisang
200g sagu
3 tongkol jagung segar
1kg pati santan
Garam secukup rasa
2 helai daun pandan   

Cara-cara memasak :
  • Bancuh tepung beras bersama 7 liter air,kacau di atas api.
  • Masukkan pati santan dan daun pandan.Kacau lagi sehingga pekat.
  • Masukkan gula pasir,gula merah dan garam.
  • Masukkan kacang hijau,kacang kuda, jagung dan keledek.
  • Masukkan kesemua bahan yang lain dan kacau sehingga masak.
  • Bila sudah masak tuang ke dalam acuan dan sejukkan sebelum dipotong.