Monday, 25 April 2011

Mee goreng basah Seefood




Kalau tak suka seefood boleh juga di gantikan dengan ayam atau daging. Terpulang dengan selera anda
 
Mee goreng basah
600g mee kuning
2 ekor sotong
6 ekor udang basah
3 pokok sawi
1 sudu besar pes lada kering
2 sb minyak masak
1/2 sudu besar sos tiram
4 sudu besar sos tomato
1/2 sudu besar kicap pekat
3 cawan air panas
 3 ulas bawang putih
garam, gula & ajinomoto
lada jeruk
cuka
gula & garam
lada besar hijau

Cara memasak
  • Tumis bawang putih hingga naik bau.
  • Kemudian masukkan pew lada
  • Masukkan sotong dan undang. Gaulkan sehingga sebati
  • Masukan sos tomato, sos tiram, kicap pekat, gula, garam dan ajinomoto. Kacau hingga rata
  • Masukan air dan biarkan hingga mendidih
  • Masukkan mee kuning kemudian gaul hingga rata
  • Masukkan daun sawi dan taugeh
  • Kalau nak pekatkan kuah boleh tambah tepung kanji
  • Untuk hiasan taburkan daun sop, potongan lada dan bawang goreng

Laksa Penang



Kalau pergi Pulau Pinang tapi tak merasa laksa Penang memang rugi. Laksanya memang sedap. Tapi bagi yang tak berkesempatan ke Pulau Pinang jagan risau cuba saja resepi yang saya kongsikan ini.

Bahan-bahan
1 kilo mee laksa (dicelur)
1 kg ikan kembung
2 batang bunga kantan
5 keping asam gelugur
10 biji cili padi
1 tangkai daun kesum
2 sudu besar otak udang
1 batang serai (diketuk)
4 liter air
1 biji timun
sedikit daun salad
2 biji bawang besar
2 sudu besar cili kisar
4 biji telur rebus
garam secukup rasa
 


Cara Memasak
  • Rebus ikan kembung sehingga lembut kemudian buang tulangnya
  • Kisar isi ikan tadi hingga hancur
  • Masukkan Bawang besar, bunga kantan, serai, daun kesum, cili padi, cili kisar, asam gelugur, otak udang dan air kedalam periuk. Biarkan mendidih selama 20 hingga 30 minit
  • Kemudian masukkan isi ikan dan garam secukup rasa. Biarkan selama 10 hingga 15 minit
  • Tuangkan kuah panas keatas mee laksa
  • Letakkan salad, timun dan telur rebus sebagai hiasan
Resepi ini hasil kiriman seorang sahabat dari Pulau Pinang

Bubur lambok





Siapa pernah makan ubur lambok...Kalau belum apa kata anda cuba resepi yang saya kongsikan ini...

Bahan-bahan
Beras
Santan

Daging ayam 100g
Daging lembu 100g
Ikan bilis goreng 100g
1 ulas halia diracik halus
Bawang goreng
5 biji lada kering (digoreng)
100g udang kering
50g udang harimau (jika tiada boleh juga guna udang biasa)
Garam dan serbuk perasa secukupnya

Cara memasak
  • Masak beras sehingga kembang
  • Masukan semua ayam, daging, udang dan udang kering
  • Masukkan santan, ikan bilis dan lada kering serta bawang goreng
    Akhir sekali masukkan garan dan serbuk perasa secukupnya

Sunday, 24 April 2011

Roti jala






Kali aku nak kongsi resepi roti jala pula.
Bahan-bahan
  • 3 cawan tepung gandum
  • 2 1/2 camb minyak masak
  • 1 camt garam
  • sedikit pewarna kuning
  • 1 biji telur
  • 2 1/2 cawan air/santan/ susu segar 
Cara Memasak 
  • Kisar semua bahan-bahan di atas sehingga betul-betul rata
  • Untuk menguji jika bahan-bahan tadi dah sesuai untuk dijadikan roti jala, masukan sudu kemudian keluarkan semula jika bahan-bahan tadi tidak putus-putus maka ia sudah cukup sesuai untuk dimasak
  • Gunakan alat khas yang serupa dengan corong tetapi mempunyai banyak lubang. Org dahulu menggunakan tempurung kelapa yang telah di tebuk untuk membuat roti jala
  • Masak di kuali untuk beberapa saat dengan menggunakan hanya sedikit ninyak agat tidak melekat di kuali sahaja
  • Kemudian angkat jika sudah masak teru gulung
  • Sedap dimakan dengan kari ataupun kuah dal. Kalau nak moden sikit gunalah Kaya

Thursday, 21 April 2011

ABC mangga istimewa





Bahan-Bahan:
200 gm isi mangga masak
500 ml air masak
50 ml susu skim
100 gm kacang merah yg telah direbus
50 gm kismis/sultanas


Cara menyediakan:
  • Masukkan isi mangga,susu skim & air ke dlm pengisar & putar hingga hancur. 
  • Sejukkan di dlm peti sejuk.
  • Semasa menghidang, isikan satu sudu kacang merah & satu sudu kismis dlm setiap 4 gelas. 
  • Tuangkan air mangga sama banyak ke dlm setiap gelas.  
Selamat mencuba 

Resepi bubur kacang hijau





Bubur kacang hijau memang sedap...so jangan tunggu lagi cuba sekarang dengan resepi yang saya kongsikan ini. Resepi ini kiriman cik Ros dari bongawan.


Bahan-Bahan:
500 gm kacang hijau
250 gm gula merah atau putih
1 liter santan kelapa


2 helai daun pandan
Sedikit garam.


Cara memasak :
  • Rebus kacang hijau sampai lembut. 
  • Masukkan santan bersama daun pandan,
  • masukkan gula merah atau putih dan sedikit garam. 
  • Masak hingga mendidih dan hidangkan.   

Tuesday, 19 April 2011

Bihun Goreng siam






Bahan-Bahan:
1 paket bihun
4 sudu besar cili boh
200grm udang kering (kisar)
3 biji bawang putih (kisar)
Sedikit sawi
4 Sudu besar kicap pekat
½ cawan air
3 biji telur
daun bawang
Garam secukup rasa

Cara-cara memasak :
  • Tumis udang kering dan bawang putih sehingga wangi. 
  • Kemudian masukkan cili boh dan tumis sehingga betul-betul masak. 
  • Masukkan bihun dan air, kemudian kacau. 
  • Biarkan kering sedikit masukkan kicap, sawi , garam secukup rasa. 
  • Masak lebih kurang 20 minit.