Tuesday, 19 April 2011

Bubur Asyura






Bubur Asyura ialah bubur yang dibuat dengan pelbagai campuran ramuan pada 10 Muharram iaitu pada Hari Asyura. Ia juga dikenali sebagai sugha.
Bubur Asyura mesti mempunyai 10 jenis ramuan, jikalau lebih atau kurang, maka bubur tersebut bukan Bubur Asyura. Setiap negeri, terutama negeri-negeri di semenanjung Malaysia, mempunyai Bubur Asyura yang berlainan rasa dan ramuan. Hal ini, menyebabkan pelbagai cara untuk membuat Bubur Asyura.
Ini salah satu resepi bubur asyura yang saya dapat.

Bahan-Bahan:
1kg tepung beras
1kg gula pasir
½kg gula merah (masak dan ditapis)
½kg kacang kuda (direbus)
1kg kacang hijau (direbus)
½kg kacangtanah(digoreng tanpa minyak)
2kg ubi keledek (dipotong kecil dan direbus separuh masak)
2kg pisang
200g sagu
3 tongkol jagung segar
1kg pati santan
Garam secukup rasa
2 helai daun pandan   

Cara-cara memasak :
  • Bancuh tepung beras bersama 7 liter air,kacau di atas api.
  • Masukkan pati santan dan daun pandan.Kacau lagi sehingga pekat.
  • Masukkan gula pasir,gula merah dan garam.
  • Masukkan kacang hijau,kacang kuda, jagung dan keledek.
  • Masukkan kesemua bahan yang lain dan kacau sehingga masak.
  • Bila sudah masak tuang ke dalam acuan dan sejukkan sebelum dipotong.

Cendol






Resepi ini kiriman cik Siti dari Keningau Sabah. Terima kasih saya ucapkan. 
 
Bahan-Bahan:
 1 santan (dari 1 ½ biji kelapa)
sedikit garam

Bahan Cendol 20 helai daun pandan } dikisar 500ml air } & ditapis
sedikit pewarna hijau
1 camt. air kapur
150 g. tepung kacang hijau
1 camB. tepung beras
430 ml air

Bahan Air Gula
300 g. gula melaka (dicincang)
100 g. gula pasir
250 ml air
2 helai daun pandan (disimpul)

Cara-cara memasak
·         Untuk membuat cendol. Campur air daun pandan, pewarna hijau, air kapur, tepung kacang hijau, tepung beras dan air hingga tidak bergentel.
·         Kacau di atas api sederhana hingga kental dan berkilat.
·         Sediakan semangkuk besar air sejuk. Letak acuan/tapisan cendol di atas mangkuk.
·         Tuangkan bancuhan yang sudah masak tadi kemudian tekan dengan senduk untuk mendapatkan bentuk cendol. Biar 15 minit sebelum dituskan dan disimpan di dalam peti sejuk.
·         Untuk membuat air gula. Jerang semua bahan hingga gula larut. Biar sejuk.
·         Untuk menghidangnya, letak cendol di dalam gelas, tambah kiub ais. Tuangkan santan bercampur garam dan air gula

Monday, 18 April 2011

Nasi Gorang Pataya






Tak perlu pergi Pataya jika hanya ingin makan nasi goring pataya. Nanti saya akan kongsikan resepinya. Tapi teringat pula aku ada seorang member yang suka sangat makan nasi goreng pataya. Tak tahu la kenapa asal ja masuk restoran dah hafal sangat manu yang akan di minta = Red Guara 0 guna sudu plastic dengan nasi goreng pataya. Selepas itu dia akan minta sos cili lebih hinggakan bolehlah saya katakan Nasi goreng pataya mandi sos.

Buat anda saya kongsikan resepi nasi goreng pataya (bukan nasi goreng pataya mandi sos)

Bahan-bahan
  • 1 mangkuk nasi
  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 gengam sayur campur
  • 1 ketul dada ayam di hiris nipis
  • 3 biji cili padi/3 sudu cili kering-ikut suka
  • 1 kiub pati ayam
  • Sedikit garam
  • 4 biji telur
  • Klik di sini untuk isi bahan
  Cara memasak
·         Tumiskan bawang besar,bawang putih dan cili. Masukkan dada ayam yang dihiris nipis, kiub pati ayam,garam dan sayur campur. Gaul semua bahan kemudian masukkan nasi. Pendek kata goreng nasi dahulu.
·         Pukul telur, campur secubit garam dan buat seperti telur dadar. Tapi jangan terlalu tebal.
·         Selepas itu bolehlah bungkus nasi goreng tersebut dengan telur. Macam mana nak bungkus? Itupun tak tahu ka…Gunalah apa cara sekalipun asalkan nasi goreng anda dapat dibungkus dengan telur.

Cuba jangan tak cuba..

Mee Goreng Mamak




 

Mee goreng mamak ni salah satu makanan fevorit aku… apalagi yang pedas gerentilah makan tak toleh kiri-kanan lagi. Kat sini saya nak kongsi resepi mee goreng mamak dengan anda semua. Mana tahu ada yang mampu buka restoran khas untuk jual mee goreng mamak… boleh belanja saya makan.

Bahan-Bahan:
Bahan A:
500g mee kuning (basuh dgn air panas)
2 sudu besar isi ayam dipotong kecil
Setengah biji bawang besar (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
1 biji lada hijau (dihiris)
1 biji telur ayam
1 sudu besar sos tomato
3 sudu besar kicap pekat manis
2 sudu besar air
2 tangkai sayur sawi
3 sudu besar minyak untuk menumis

Bahan B:
3 biji lada kering (direndam air panas)
1 ulas bawang putih
2 butir bawang merah kecil
Setengah cm halia
Bahan B - kisar halus

Cara memasak :
Panaskan kuali. Masukkan minyak dan goreng isi ayam hingga garing dan keluarkan. Goreng bawang merah dan bawang putih hingga sedikit hangit. Masukkan bahan kisar dan tumis hingga garing(keluar minyak). Tambah sos tomato, kicap manis dan air. Kacau rata. Masukkan mee kuning, isi ayam dan sayur sawi. Kacau hingga sebati. Kuatkan api. Masukkan telur ayam. Kacau hingga agak kering. Taburkan lada hijau.

Selamat Mencuba..

Sunday, 17 April 2011

Lemang





Lemang merupakan sejenis masakan tradisi yang disukai ramai. Lemang dijual sepanjang tahun, tetapi lebih meluas pada hari perayaan seperti hari-hari raya. Di Malaysia, lemang telahpun direkodkan sebagai hidangan istimewa sejak 1864 lagi.
Lemang sering dihidangkan bersama rendang atau serunding.
Lemang diperbuat daripada beras pulut dan santan yang dimasukkan ke dalam ruas buluh yang dilapik dengan daun pisang, sebelum dibakar sehingga masak. Kaedah memasak menggunakan buluh merupakan kaedah kaum asli memasak di Malaysia.

Bahan-bahan
  1. 1 kg beras pulut
  2. 3 biji kelapa (ambil santannya) 2 batang buluh sederhana besar
  3. Garam secukup rasa.


Cara penyediaan

  1. Basuh beras pulut dan tuskan airnya.
  2. Gulong daun pisang dan masukkan ke dalam buluh mengikut bulatan buluh.
  3. Kemudian masukkan beras pulut yang telah dituskan ke dalam gulongan daun pisang dalam buluh tersebut dan tinggalkan ruang satu atau dua inci. Jangan terlalu penuh.
  4. Masukkan sedikit garam secukup rasa ke dalam santan dan tuangkan ke dalam buluh.
  5. Bakar dengan menggunakan api yang sederhana besar. Setiap 15 minit hendaklah dibalik-balikkan agar masaknya sama rata.
  6. Masak sehingga tiga hingga empat jam sebelum diangkat.
  7. Lemang boleh dimakan pada bila-bila masa.